Sunday, 13 September 2015

SEPI ANGIN DI KUALA LUMPUR

SEPI ANGIN DI KUALA LUMPUR
Jauh,
Merenung kota raya,
Meneroka jalan-jalan yang cela,
Terlihat golongan yang dicerca.
Apa?
Mereka juga manusia, mencari hala di kota raya.
Sepetang mendung kelabu awan.
Meniup sepi, mencari makna.
Kota raya gah di kaca mata,
Namun sepi di jiwa.
Walau ramai yang bertempur.
Inilah.

Sepi angin di Kuala Lumpur.

Saturday, 12 September 2015

KEKAL

KEKAL
Nostalgia dan masa lalu,
Kenangan yang tidak terkira,
Penuh kemanisan walau sebahagian masih berduka,
sekilas episod telah dikongsi dan sebaliknya kekal rahsia.
Satu kepercayaaan bahawa, beberapa kesalahan dan sengsara akan datang berulang,seperti orang-orang dalam hidup kita yang datang dan pergi,
Namun,

 hanya harapan dan cinta kekal di hati.